23.12.13

Wanita idaman mr korn

WANITA IDAMAN YANG MENJADI PILIHAN

Hype...Kali ni entry aku agak poyo.. Siyess..!! kerana apa..? Kerana aku nak story sikit pesal wanita yang aku impikan berdasarkan keadaan sekeliling.. Keadaan sekeliling yang aku maksudkan adalah dari segi pembacaan dan pengaruh media elektronik.. Okei, dah ready.. Jom kita mulakan..

Bulan lepas aku ade membaca sebuah novel.. Untuk pengetahuan, novel ni adalah novel kedua aku bace selain novel yang aku baca kat sekolah dulu.. Aku ni bukan kaki baca novel.. Tapi akibat dari desakan kebosanan yang teramat sangat masa kat rumah kakak aku hari tu, aku capai la novel yang ada atas meja tu dan terus baca... Pada mula nya nak baca sikit2 je, Skali pendahuluan cerita tu pun dah menarik.  "Kak, pinjam novel ni.. Nanti Amat pulangkan balik..!!" Mesti kamu tertanya2 Novel apakah..? Tajuk nya ialah "Cinta Kontrak" yang di tulis Nurul Ain Syuhada..

Simple nya cerita ni mengisahkan gadis kampung yang agak brutal berhijrah ke pekan, dan telah berjumpa dengan seorang lelaki yang agak hensem macam aku ala2 kacukan anak omputeh yang ego, boleh jatuh cinta akhirnya.. Fuhh.. tarik nafas sekejap... Tapi macam mane boleh jatuh cinta kalau ego berada di kedua2 belah pihak?.. Okei.. Bacalah sniri nanti..

Kemudian, sejak aku duduk rumah sewa baru ni, membe serumah aku tu kushuk betul layan lappy die.. And one day, aku terlihat die tgh layan cerita Vanilla Coklat.. Alaa cter yang best tu pesal Zara dan Amir Ashraf tu, Mase ni aku tak tengok lagi cerita ni.. Jadi aku pun layan lah skali dengan mereka.. Ooo.. rupa nya mereka di paksa kedua2 ibubapa untuk berkahwin tanpa perasaan cinta dan akhirnya, boleh jatuh cinta... Cisss.. aku tau kamu semua dah tengok cter ni.. Okei, aku ketinggalan...!!

Berdasarkan kedua2 cerita ni, aku tengok macam ade persamaan karakter kedua2 perempuan ni.. perempuan yang agak lasak, sombong gitu, boleh cair dengan laki tanpa perasaan cinta pada mula nya... Yang lelaki pulak ego tak bertempat, pun sama jatuh cinta.. Dan part paling best, bila si lelaki ni meluah kan perasaan pada perempuan ni.. See.. pengaruh media massa terhadap pemikiran aku agak tinggi di sini..

Then, mulalah aku membayang kan seolah2 aku berada di tempat karakter lelaki tersebut.. Macam best jer.. Best pe meminati pada orang yang agak sukar untuk di takel.. Baru lah ade cabaran untuk dapatkan wanita tersebut... Lagi sombong perempuan tu, lagi best adegan berikut nya... Hati wanita ni sebenarnya lembut, walopon nampak dari luar keras macam batu.. Sedangkan belakang parang jika di asah lagikan tajam, inikan pulak hati seorang wanita...

Tapi, cuba bayangkan satu hari nanti, bila perempuan tu menerima kita dengan seadanya.. fuhh.. Mesti romantik gila time nih.. Aku macam dapat bayangkan jer situasi masa ni.. Macam mana aku bayangkan..? Yess, pengaruh novel + media elektronik.. Hahaha...
                                                                    ******
Okei sebenarnya ade gak la dari dulu aku macam impikan gak seorang wanita yang agak lasak + banyak cakap untuk jadi 'kawan' aku.. Kerana apa, baru la matching dengan aku yang agak kurang bercakap ni.. Kalau aku kurang bercakap, dapat lak 'kawan' yang kurang bercakap, so kalau date atau dah kawen nanti, tak kan dua2 diam jer kan..? *imaginasi aku..

Okei lah, ini cuma sedikit personaliti wanita yang aku inginkan.. Bukan aku nak story pesal ciri2 wanita idaman pun..Cukup lah entry sampai sini.. Macam dah terpanjang pulak..

~KORN~

elyna mirsada-hehe..bgus tu xkn nk sma2 diam kn =)

putryteya-haaa , baru la padan laki berusaha kat pompuan ! Ramai gak laki minat kat pompuan cam tu . berdasrkan interbiu aku . :D

cendol-kalau dua2 diam couple bisu la agaknye haha
diam2 ibu berisi,diam2 org bisu :p

ஜ miss klanika ஜ-true,pompuan yg sukar ditekel tu la baru memberi feel yg lg nak kita dekati kn. kaum hawa pn nk lelaki yg cenggitu. bukannya sweetalker memanjang ~ huehue

kaishin-lagi jual mahal lagi semangat nak tackle hehehe.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.