5.12.13

Tips pilih kasut jogging

Salam.

Kasut jogging adalah aksesori terpenting dalam jogging. Setiap kali jogging, anda akan melangkah dengan banyak sekali – Sesi 30 minit pada kelajuan biasa (6 minit/km) akan menyaksikan anda melangkah sebanyak 4500++ kali!

Jadi, adalah amat penting untuk anda memilih kasut yang bukan sahaja selesa, tetapi mampu memberi perlindungan dan sokongan yang bersesuaian.

Terdapat pelbagai jenis kasut jogging di pasaran, untuk pelbagai jenis keperluan dan bajet. Ada yang hanya semurah RM60, ada yang sampai RM600. Mana satu yang sesuai?

Jika anda joggers yang baru mahu bermula, saya cadangkan anda bermula dengan kasut murah dahulu – Cross Trainer dari Power yang berharga RM50-80 sudah memadai. Ini kerana anda masih belum tahu citarasa anda, dan anda mungkin masih belum pasti sekiranya anda akan terus berjogging.

Mana tahu, anda lebih selesa dengan kasut buatan Mizuno dan bukan Adidas? Lagipun, jika anda tidak meneruskan dengan jogging, Cross Trainer anda itu boleh dipakai untuk mencuba sukan lain.

Wassalam.

Credit to jom kita jogging!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.