21.12.13

Jangan cakap banyak, zip terus buang

Perempuan banyak cakap lelaki tensyen

Perempuan ni selain dari ketelitian dia dalam manage tanggungjawap, diaorang dikenali jugak dengan sikap suka bercakap. Bercakap, bercakap, bercakap. Sampai lelaki mengeluh dengar pot pet pot pet pot perempuan. Annoying.

Tapi selain annoying, bila fikir-fikir balik ada gunanya jugak sikap suka pot pet pot pet ni. Contohnya tengok je parents kau. Siapa yang yang selalu duk ingatkan kau rajin study, ingatkan kau jangan balik lambat sangat bila keluar malam? Mak kan? Jadi tulah gunanya. Sikap suka pot pet pot pet ni berguna untuk ajar anak-anak.

Tapi untuk relationship, biasanya lelaki tensyen. Bila awek asyik berceloteh kalau tak layan merajuk pulak. Tak bagi perhatian la apa la. Tapi apa taknya, pasal gosip/mengumpat diajak bualkan. Tu tak termasuk lagi cerita pasal brand-brand baju/kasut/perfume mahal-mahal.

Lelaki paling pening siut nak layan perempuan macam ni.. Sebab lelaki ni kalau hal yang tak relevan atau something yang mempokaikan $$$ dibualkan bagi dia membosankan.

Apa yang aku nak tekankan kat sini, korang (perempuan) bercakap banyak tu ok je tapi kurangkanlah bercakap benda-benda yang tak perlu. Macam gosip atau mengumpat. Kalau semua nak cerita bukan je balak kau annoying, tapi semua kenalan kau pun kemungkinan besar rasa macam tu.

Akid Azami.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.