21.12.13

Tips untuk blogger perempuan

Ben ashaari : Blogger lelaki vs perempuan

Dalam memberi pendapat dalam entri , apakah blogger perempuan benar benar ikhlas ?
Depends. Dari apa yang aku nampak, ada yang ikhlas, ada yang tak. Haha sory ye.. 

Apakah anda suka melihat blog blog perempuan yang penuh dengan gambar ?
Aku takda masalah pasal ni. Sebab tu diaorang punya blog. Bagi aku menarik ar kalau letak gambar sendiri. Atleast kita tahu siapa owner blog tu. Lagi 1 gambar ni pun boleh dimasukkan dalam kategori blog branding. Cuma elakkan letak gambar yang buat mata lelaki ni jadi liar semacam.. Huhuh 
 
Pada pendapat anda , kenapa perempuan berblog ? Secara umum ..
Hm.. Tak salah aku cakap, sejak cerita pasal blog boleh buat income, makin ramai yang buat blog.. Tak kira lelaki atau perempuan, sama je. Tapi ada yang berblog, sebab niat nak berkongsi cerita/pendapat dia dengan trafik..

Blogger perempuan mempertaruhkan wajahnya untuk mendapatkan ramai follower.. Benarkah ?
Ahaha! Pedas punya soalan! Kat forum, kat blog-blog ramai yang mempersoalkan pasal ni. Jawapan subjektif. Masing-masing dengan pendapat masing-masing.. Cuma bagi aku, wajah tak menjamin ar dapat follower ramai.. Macam aku cakap kat atas, gambar ni boleh dimasukkan dalam kategori penjenamaan blog. Tu je tak lebih dari tu pun..  Yang aku nampak, blog-blog macam ni ramai follower disebabkan entri diaorang sendiri.. Entri diaorang menarik perhatian trafik, jadi trafik tu pun follow ar. Bukan pasal tepek gambar boleh dapat banyak follower.

Blog perempuan yang anda rasa patut POPULAR !
Wan nur fadzrini dengan Shadawentz

Jika anda blogger perempuan , apakah yang akan anda elakkan dari bercerita dalam blog ..
Kalau blog belum dikenali, aku akan elakkan dari bercerita pasal kekasih.. Sebab takda pengisian rasanya.

Akid Azami.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.