Salam.
Kecederaan boleh dielakkan dalam jogging, jika anda mengamalkan teknik dan postur jogging yang betul. Terdapat beberapa teknik yang selamat untuk berjogging, dari hujung kepala ke hujung kaki.
#1 Pandang ke depan, bukan bawah - Ketika berjogging, pastikan anda memandang dalam 10 langkah ke hadapan. Ini untuk mengelakkan anda dari tertarik otot-otot leher, menyebabkan sengal-sengal dan kemungkinan terseliuh.
#2 Tegakkan badan - Badan yang bongkok menyempitkan saluran pernafasan, menyebabkan anda senang ‘pancit’. Jika perasan badan terbongkok, tarik nafas dengan dalam, dan anda secara automatiknya akan berdiri tegak semula.
#3 Bahu dalam kedudukan relaks - Pastikan anda tidak menegangkan bahu anda ketika berjogging. Ini kerana anda mungkin akan tertarik otot-otot bahu, di samping urat-urat di belakang badan.
#4 Hayunkan tangan anda - Ketika berjogging, hayunan tangan yang sesuai membantu badan anda untuk terus mara ke hadapan. Hayun ke depan dan belakang, dan bukan kiri dan kanan.
#5 Genggam lembut tangan anda - Genggaman sekeras penumbuk hanya akan menegangkan urat-urat, dan meningkatkan risiko kecederaan. Tetapi, jangan pula dibiar tangan anda terjuntai tanpa arah. Ketika jogging, bentukkan tangan anda menjadi penumbuk dengan lembut – hanya rehatkan jejari anda di telapak.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.