23.12.13

Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Jadilah Wanita yang Mampu Berdikari !

Alahai kakak, tukarlah paradigma. Sekarang tak sama dengan dulu. Dulu anak dara sekarang emak dara, maka cara fikir tidak boleh sama. Cara fikir anak dara takkan sama dengan cara fikir orang dewasa. Masa anak dara  okeylah kalau itu takut, ini takut, itu tak reti, ini tak reti, ini tak pandai, itu tak pandai.

Cara fikir anak dara memang kena terkongkong sikit, baru dia boleh terima adab dan adat. Kalau cara fikir dia tak terkongkong, mahu dia round dunia, sorang-sorang. Salah tu, mana boleh anak dara round dunia sorang-sorang, kecuali anak dara orang putih. Dia lain, awak lain.

Baiklah, kita kembali pada cara berfikir golongan wanita. Alahai kakak, tukarlah paradigma, tukarlah cara berfikir. Dulu tak berani bawa kereta sekarang kenalah berani-berani, sebab kalau kakak tak berani, takkan nak harap kat mr suami memanjang. Time suami ada okeylah, time suami sakit ke, outstation ke, kakak asyik takut nak belajar kereta. Tu boleh tahan lagi, boleh tunggu suami balik, kalau suami meninggal macamana? Anak-anak masih kecil, kena beri makan.

Ramai wanita terutama yang suri, yang tak suri pun tak terkecuali masih berfikir sebagaimana dia anak dara padahal anak dah tiga. Ketakutan yang tak pasal-pasal, contohnya apa..contohnya nak ke sekolah jumpa cikgu, ambil report card, itu pun takut. Laaa, pasal apa? Tukarlah cara fikir. Tak boleh terkongkong dan kuno terus. Zaman terus berputar. Memang tak mampu dipikul seorang. Dah namanya perkongsian hidup, kakak kena tolong abang. Jangan andalkan semuanya pada abang.

Tengok puan-puan semua. Selagi boleh, bantulah ringankan bebanan suami. Berdikari lah demi kepentingan peribadi kerana hidup kita ni bukan boleh dijangka. Si suami pula bila dah dapat isteri yang tahu berdikari, janganlah terus mengada-gada dan lepas tangan. Yang saya sebut ni muhasabah diri, kedua-dua pihak. Masing-masing kena tahu tanggungjawab. Tujuannya supaya kehidupan berumahtangga itu dipermudahkan dan selamat dunia dan akhirat.

MyMekar.com


2 comments:

  1. salam.ye sememangnye begitulah..dpt same² bantu suami until jannah

    ReplyDelete
    Replies
    1. ws. haah. kan3. jom jd isteri solehah~ <3

      Delete

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.