20.12.13

Tips Ujian JPJ untuk P motor

Tips ujian JPJ untuk P motor adalah hampir sama dengan tips menghadapi peperiksaan di dewan. Kena buat ulang kaji, pahamkan dan buat latih tubi. Walaupun demikian, ujian praktikal pastinya memerlukan skill yang mantop. Maka, latihan praktikal yang secukupnya amat diperlukan.

Tips umum:

1· Hormat cikgu yang mengajar (untuk mendapat berkat dan redha guru).
2· Fokus dan ingat setiap step yang diajar.
3· Rajin bertanya kepada cikgu walaupun cikgu tu kadang-kadang garang di litar.
4· Konsisten dalam latihan. Selalu ke litar untuk berlatih terutamanya 2-3 hari sebelum hari ujian.
5· Datang awal ketika hari ujian dan berlatih sebentar di litar (minta izin cikgu terlebih dahulu sebelum masuk litar).
6· “Familiar” atau biasakan dengan jenis motor yang akan digunakan semasa ujian.
7· Tahu dan faham setiap step yang dilakukan (Contoh: ayunan tangan 3 kali di Bahagian 3 untuk signal perlahan).
8· Elak daripada melakukan kesilapan “kurang pandai” seperti melanggar kon (Bahagian 2) akibat tidak fokus dan lalai.
9· Tahu, faham dan hadam setiap point yang diuji.
10· Yakin dan bersungguh-sungguh.
11· Usaha, doa dan tawakal. Tiada tempat pergantungan yang selayaknya melainkan kepada Tuhan Yang Maha Esa.

Microglia.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.