13.12.13

Jom jadi perempuan high class jom

Salam.

Kawan kawan, jom jadi budak baik. Kalau ada lelaki lelaki gatal datang mengorat, kita tiru macam dalam contoh kat bawah ni okey.

Laki Gatal: Hi, saya belanja awak minum nak?
Perempuan Baik: Sebenarnya, saya ada duit sendiri.

Laki Gatal: Hi, saya ni photographer. Dah lama saya cari perempuan yang cantik macam awak.
Perempuan Baik: Owh, yeke? Kebetulan saya pula Pakar Pembedahan Plastik. Saya memang cari orang muka macam awak.

Laki Gatal: Hi, macam kenal la u ni. Mesti dulu kita penah date skali kan?..tak pun banyak kali?
Perempuan Baik: Mungkin sekali saja kot, sebab saya takkan ulang kesilapan saya dua kali.

Laki Gatal: Hi, kenapa u ni cantik sangat?
Perempuan Baik: Yeke, saye takde cash la nak bagi kat awak.

Laki Gatal: Hi dear, kalau i ajak u keluar hari Sabtu ni u free tak?
Perempuan Baik: Sorry, Sabtu ni saya demam.

Baca dan hafalkan ok. Haha.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Kedai 25 jam.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.