15.12.13

Jom jadi kreatif dan kritis

Salam.

Kreativiti adalah faktor utama kejayaan yang tidak ternilai harganya. Adakah kreativiti boleh wujud dengan latihan kerap?

Boleh jawapannya!

Namun, ia tidak akan terjadi dalam masa singkat. Biasanya kreativiti merupakan bakat yang dimiliki seseorang sejak dilahirkan.
 
Tahap kreativiti seseorang tidak boleh dinilai hanya melihat bakat luarannya sahaja seperti pandai melukis, menyanyi atau mencipta. Ia juga boleh tentukan dengan cara pemikiran dan cara menyelesaikan masalah. Contohnya menyelesaikan puzzle, soalan menguji minda dan permainan IQ. 
 
1. Lakukan Sesuatu yang Berbeza
Boring, kan... buat benda yang sama jer setiap hari? Bukan setakat itu sahaja, pengetahuan dan bakat yang korang miliki juga sangat terbatas. Lebih baik jika korang mencari sesuatu yang baru dan menarik untuk mengubah kegiatan harian. 

Contohnya, jika korang pandai menyanyi dan mempunyai suara yang merdu, kenapa tidak belajar bermain instrumen. Bukan sahaja kemahiran akan bertambah, malahan dapat menyerlahkan lagi daya kreativiti korang. Bila dah terer nanti uploadlah video tersebut dalam YouTube; manalah tahu ada produser yang tengok bakat korang. Silap hari bulan boleh terkenal kalah Justin Bieber.
 
2. Sikap Ingin Tahu
Dalam proses nak meningkatkan daya kreativiti, korang harus memiliki sifat ingin tahu yang amat kuat terhadap segala hal. Mengapa dan bagaimana adalah pertanyaan yang bagus untuk korang amalkan. Tidak  menjadi kesalahan jika korang mengutarakan pertanyaan semata-mata ingin tahu dan menambah pengetahuan. Korang bolehlah praktik ilmu yang korang peroleh daripada hasil pertanyaan tersebut. 

Contohnya macam Sir Isaac Newton; dia menemui hukum graviti kerana sifatnya yang ingin tahu setelah melihat sebiji epal jatuh dari ranting pokok ke tanah. Jika dia tak memiliki sifat ingin tahu, mesti kita takkan tahu apa itu graviti, kan? Watch and learn from the best!
 
3. Daya Pengamatan yang Kuat
Kreativiti juga dapat diperoleh dengan mempelajari apa yang dilakukan oleh orang lain. Dari situ korang boleh mendapat inspirasi untuk membuat karya sendiri. Melalui pemerhatian alam sekeliling pun korang dah boleh dapatkan macam-macam idea. Begitulah yang dilakukan oleh kebanyakan pelukis, sasterawan dan pencipta lagu. Pepatah lama pun ada menyebut, ‘alam terkembang jadikan guru’.

Tapi awas, mengamati dan meniru adalah satu perkara yang sangat berbeza. Korang akan mendapat idea daripada proses pengamatan, tapi korang tak boleh dapat idea daripada peniruan.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.
 
Credits to Majalah Yezz!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.