19.12.13

Balik dari belajar kereta on the road di MDP

Masuk je semula kawasan MDP tu, cikgu suruh aku berhenti dekat petak mula. Lepas tu cikgu suruh pandu sampai kantin. Aku bawak kereta dengan penuh hemah dan berhati hati.

Cikgu tanya, "Awak sekarang ni tengah buat apa, dah kerja ke belajar lagi?"
Aku jawab, "Belajar lagi."

"Kat mana?"
"Serdang."
"Kolej apa? Nama, nama."
"U."
"U ape?"
"P."
"UPM?!"

Aku pun angguk. Cikgu cakap, "Amik kos ape?". Aku jawab, "Bahasa."
"Bahasa apa?"

Aku diam je. Malas jawab. Cikgu tu tak puas hati. Cikgu tanya, "Inggeris?"
Lambat lambat aku angguk sikit.

Cikgu jerit. "Lah, awak ni mesti terer BI kan. Aduh malulah saya cakap BI depan awak hari tu, broken habis!!". Aku ingat, hari tu ada sorang student Negro Negrito belajar kereta dengan cikgu ni. Memang dia ada speaking. Sungguh sungguh dia usaha.

Aku senyum sambil geleng dan cakap, "Takdelah, mana ada apa apa." Sejujurnya, aku memang tak suka ketawakan kebolehan bertutur BI orang lain. Aku paham kita ni orang Malaysia. Bukannya orang putih tu.

*Cikgu aku lawak. Mujur mood dia okey. Kena time tak okey, kawan2 aku cerita dia memang garang. Seriesly. Seram aku. Hihi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.