Salam.
Jogging memang boleh menurunkan berat badan. Dalam semua senaman-senaman di dunia ini, jogginglah senaman menurunkan berat badan yang terbaik, selepas cross country skiing. Memandangkan di Malaysia ni tak ada salji, jadi jogginglah senaman penurunan berat badan terbaik!
Jogging menurunkan berat badan kita dengan membakar kalori dalam badan. Setiap kali kita berjogging, metabolisme badan meningkat. Jantung berdegup lebih kencang, otot bekerja dengan keras, dan paru-paru kita berabis mengepam oksigen. Untuk memastikan semua ini berjalan lancar, otak akan mengarahkan badan untuk mendapatkan tenaga extra dari lemak di badan. Itulah cara jogging menurunkan berat badan.
Seorang wanita yang berjogging pada kelajuan 6km/j akan membakar dalam 492 kalori sejam, lebih kurang sama dengan 300gm dada ayam.
Tetapi, jogging sahaja tidak memadai. Kalau berjogging 3 jam sehari, tapi makan Nasi Mendi, Sup Gearbox hari-hari, berat badan tak akan turun. Ini kerana sedang jogging membakar lemak di badan, kita pula sibuk menambah lemak ke dalam badan kita. Jadi, mana mungkin boleh kurus macam ni? Silap-silap bertambah lagi berat badan.
Petua terbaik untuk kuruskan badan dari jogging adalah dengan berjogging secara tetap, dan menjaga pemakanan. Pemakanan seimbang yang mengurangkan pengambilan lemak, dan menambahkan pengambilan serat dan protein adalah yang terbaik. Yang penting, keluar jogging sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, dan jaga pemakanan anda.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.