13.12.13

Jom jadi kreatif dan inovatif jom

Salam.

Inovatif dan kreatif

Makna inovasi:
Menghasilkan sesuatu lain daripada kebiasaan dalam bentuk yang kreatif. Tak perlu modal besar. Tak perlu kos mahal-mahal.

Contoh inovasi mudah:
Pakai kasut sebelah kanan merah, sebelah kiri biru. [harian]
Buah tembikai buat bentuk petak. [makanan]
Dalam ofis bergerak pakai kasut rollerblade. Wah. Hebat kau. [kerja]

Macam mana nak hasilkan sesuatu yang inovatif lagi kreatif?

Otak kena pikir lain dari yang lain.
Dan macam biasa stigma masyarakat la yang menyebabkan kita tak boleh nak hasilkan benda yang kreatif. Takut kena label sebagai gila.

Let say, korang pakai kasut sebelah merah dan sebelah biru. Warna terang gila pulak tu. dan of course orang keliling akan pandang macam korang dah buat kesalahan besar kepada seisi dunia dan alam. Padahal korang tak buat apa pun. Just pakai kasut lain-lain. Tak ada hal. Bukan berdosa.

Tapi mentaliti orang keliling buat korang rasa macam ntah apa-apa kan? Nak nak pulak kalau terikat dengan peraturan. Itu tak boleh. Ini tak boleh. Apa pun tak boleh.

Oleh itu marilah kita jadi makhluk Tuhan yang kreatif.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Mardiana mk.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.