Salam.
Terdapat beberapa kelebihan berjogging:
1. Menguruskan Badan
Jogging membantu kita menguruskan badan – Jumlah kalori yang dibakar bergantung kepada berat dan jenis badan masing-masing. Tetapi biasanya, seorang wanita yang mempunyai berat 55kg jika berjogging untuk 30 minit, akan membakar dalam 230 kalori. Jika anda berjogging dengan kerap, dan menjaga pemakanan anda, penurunan berat badan adalah sesuatu yang pasti.
2. Menguatkan Daya Tahan Kardiovaskular
Apabila kita berjogging, arteri kita mengembang dan mengecut 3 kali ganda lebih kerap dari apabila kita duduk diam sahaja. Ini membantu menguatkan sistem kardiovaskular dan memastikan pengedaran darah kita lebih lancar. Jogging terbukti membawa kepada kesihatan jantung – kajian menunjukkan jogging menambah kolestrol HDL (jenis baik) dalam badan, menambah keanjalan arteri, mengurangkan pengumpulan plak dalam salur darah dan merendahkan tekanan darah.
3. Melambatkan proses penuaan
Pertambahan usia biasanya melibatkan kehilangan kekuatan otot dan tulang. Jogging mengenakan tekanan ke atas otot dan tulang kita, menyebabkan badan secara semulajadinya menambah kekuatan kepada bahagian-bahagian tersebut. Lebih protein akan disalur untuk pembentukan otot yang lebih besar dan pejal, dan lebih kalsium untuk tulang yang lebih kuat. Dalam jangka masa panjang, anda akan merendahkan risiko Osteoporosis.
4. Mengurangkan Stress
Joggers mempunyai ketagihan mereka yang tersendiri – ketagihan nak pergi jogging! Ini kerana badan secara semulajadinya akan menghasilkan hormon endorphin selepas bersenam. Endorphin membawa kepada perasaan gembira, puas hati dan selesa, secara langsung merendahkan stress dalam badan kita.
Apo laie. Moh kita jogging.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging!
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.