19.12.13

Berlatih memandu hari ke 3 di MDP

Aku sorang sorang je datang. Takde geng pun. Pagi pagi pulak tu cikgu s telefon aku. Pkul 8 masa tu. Dia kata pukul 9 ustaz k datang ambil aku. Melompat aku terus mandi dan bersiap.

Sampai sampai MDP aku kelaparan. Masa ni aku jumpa dgn Fara, 22 tu. Aku cari makan sebarang dua. Cikgu z sapa aku lalu ajak Fara gi buat latihan memandu kereta. Memang dia kena didahulukan sebab dia bakal duduki test trial JPJ petang tu.

Lepas tu, cikgu z panggil aku. Hari ke 3 ni aku belajar buat 3 penjuru. Terkial kial aku. Cikgu z pun tak banyak gurau gurau. Series je. Penat aku.

Balik tu ustaz k hantar aku masa pukul 2. Padahal aku dh bgtau ustaz k aku habis dah kelas 12 lebih tu. Sabo je la. Apa lagi yang aku bole buat.

Dalam kereta kitorang senyap je. Dua dua banyak masalah negara nak difikirkan kot. Haha.

Aku ok je. Orang malas nak sembang aku diam je la. Lagi bahagia hidup aku. Hihi.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.