21.12.13

Jangan jadi perempuan yang membosankan

Kenapa lelaki cepat bosan dengan awek dia?

Perempuan kena fahamkan betul-betul kenapa lelaki ni boring dengan korang.

Lelaki cepat bosan bila :

1. Korang asyik contact diaorang. Sehari lebih dari 4-5 kali atau lebih. Bila kontek cerita benda sama
2. Korang buat diaorang rasa terkongkong. Dioarang nak buat something, korang halang.
3. Terlalu kerap sangat berdating
4. Ada 1 tabiat korang yang buat diaorang boring. Contohnya asyik mengumpat, cepat merajuk, pemarah.

Ada banyak lagi sebenarnya. Macam dari segi imej. Tapi lelaki macam ni kita tahu-tahu jela jenis macam mana.. Kalau aku jadi perempuan, aku angkat kaki je.

Kalau korang tengok balik, bila lelaki ditanya pasal ciri-ciri perempuan yang dia nak, mesti jawapan yang keluar "Nak perempuan yang faham aku". Banyak mana pun jawapan, mesti yang ni akan keluar. Mesti!

Kesimpulan dia, korang kena faham diaorang. Lagi 1 lelaki sangat-sangat perlukan ruang untuk diri dia. Janganlah asyik contact.. Sehari 2 kali korang msg/call cukup rasanya. Bila dia nak hangout dengan memember ke atau apa-apa aktiviti yang tak melibatkan korang, jangan halang. Tang dating tu pun sama. Mula-mula memanglah dia on je bila korang ajak dating tapi lama-lama nanti mesti dia bosan. Dah macam takde apa yang menarik ar sebab selalu sangat berjumpa. Tang tabiat lagi-lagi yang cepat merajuk tu, buang jauh-jauh tabiat tu. Dah pujuk pun still merajuk. Serius sangat annoying bagi lelaki.

Lelaki ni kalau kite tak nak die cepat bosan, kene selalu cari pembaharuan dlm hubungan. Kalau setiap hujung minggu kuar dating asyik tgok wayang je, bosan jgk. So ape kata mggu ni tgok wayang,minggu dpn lak  bersukan contoh join bola tampar ke ape2 je aktiviti yg best2.

Lagi satu bile dah kerap jumpa dan contact, bile sekali jumpe jgnlah terus wat spot check coz lelaki rimas mcm tu.

Bile aku buat diorg rase selesa dgn tak contact dan tak control life diorg,lau gado last2 diorg cari aku balik dan ayat yg akan kua dr mulut diorg mesti "U tak mcm girl lain yg I kenal. U paham I. I selesa dgn U." See I got bonus.

Byk pompuan bsikap membosankan. Br jd partner nak control segala dah jadi laki bini sok lg haru dibuatnya.

Ada pompuan ni plak muka lawa tp hati busuk. Ego x usah nak kata. Dia je yg betul. Hati dia kene jaga hati boyfren ke laki apa pedulik. Sok ble da kawen siapla blum sampai setahun utang kawen pon x abes lg bini dah haram kaki jejak umah mertua. Haha.

Berhati2 ble nak cari pasgn. Pilihan kat tgn msg2. jgn tgk luaran je hati yg penting. Ramai jugak bile poket penuh syg, xde abg melayang.

Lain padang lain belalang, sesetengah perempuan, suami dia perangai betul2 BERTENTANGAN dari yg trsenarai sbb, makin layan ala2 kadar kat dia, makin dia marah. Wallahualam.

Akid Azami.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.