11.12.13

Cara untuk menimbang klac

Salam.

MEMULAKAN PEMANDUAN DENGAN GEAR MANUAL

--> Cara hendak menggerakkan kereta:

1. Tekan clutch hingga jejak ke lantai dan masuk gear satu dengan cermat dan lembut.
2. Kaki di pedal clucth diangkat perlahan lebih kurang 60% sehingga
terasa badan kereta bergegar hendak bergerak, tambah sedikit minyak dan kawallah kelajuan dan stereng anda.
3. Bila sudah stabil dan meter mencecah ke 20km - 25km, tukarlah kepada gear 2 dan meter mencecah ke 30km - 35km, tukar ke gear 3, meter mencecah ke 40 km tukarlah ke gear 4 dan seterusnya tukarlah ke gear 5 mengikut kelancaran jalan raya.

--> Cara hendak mengelakkan dari enjin mati setelah gear dimasukkan:

1-Jangan angkat pedal clutch secara mengejut dan pastikan kelajuan kereta anda telah stabil barulah penukaran gear dilakukan atau pedal clutch dilepaskan dengan perlahan.
2- Jika hendak berhenti atau mengekori kereta yang terlalu perlahan sehingga meter turun dibawah 30km, tekan pedal clutch dulu baru tekan pedal brek. 
Ini adalah untuk mengelakkan anda kelam kabut kerana kurang mahir.
3- Bila kereta berhenti pastikan tekan pedal clutch sehingga jejak ke lantai dan pedal brek.
Sebelum mengangkat kedua-dua kaki, anda wajib freekan gear dulu dan tarik hand brek.

Terima kasih sudi baca.
Wassalam.

Credits to Norsyafawati Yunus.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.