2.12.13

Apakah dosa mengumpat dan mengata

Assalamualaikum everybody yg dikasihi.

Jom tengok apa dosa org yg hobi suka mengata dan mengumpat ni jom.

Dosa mengumpat bukan saja besar, malah antara dosa yang tidak akan diampunkan oleh Allah biarpun pelakunya benar-benar bertaubat. Dosa mengumpat hanya layak diampunkan oleh orang yang diumpatkan.

Selagi orang yang diumpatnya tidak mengampunkan, maka dosa itu akan kekal dan menerima pembalasannya diakhirat. Nak mengumpat lagi? Kalau dosa kita dengan Allah masih boleh minta ampun dengan taubat nasuha.

Sabda Rasulullah S. A. W. bermaksud:
"Awaslah daripada mengumpat kerana mengumpat itu lebih berdosa daripada zina. Sesungguhnya orang melakukan zina, apabila dia bertaubat, Allah akan menerima taubatnya. Dan sesungguhnya orang yang melakukan umpat tidak akan diampunkan dosanya sebelum diampun oleh orang yang diumpat"  (Hadis riwayat Ibnu Abib Dunya dan Ibnu Hibbad)

Sabda Rasulullah S. A. W:
"Wahai orang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya! Janganlah kamu mengumpat kaum muslim, dan jangan lah kamu mengintip-intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, maka Allah akan mengintip keaibannya, dan dia akan mendedahkannya, meskipun dia berada dalam rumahnya sendiri" (Hadis riwayat Abu Daud)

Takut x bila baca hadis-hadis di atas. Minta ampun balik kepada siapa yang kita dah umpat sebelum ni sama ada sengaja atau tidak.

Bukan tak boleh berborak langsung. Cuma kena berhati hati dalam segala percakapan kita. Insyaallah kita akan selamat dunia akhirat.

Berzikirlah kerana dengan berzikir itu akan mendekatkan diri kita kpd Allah.

Terima kasih sudi bc.

Slm syg,
Misz Wati.

Credits to Que Haidar.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.