2.12.13

Kenapa risau tak kahwin lagi

Assalamualaikum readers yg dihormati sekalian.

"Huh, aku lagi 5 tahun nak masuk 40 ni pun dok tgh bimbang tak kahwin2 lagi, ade siape ambik pusing?!"

Haha kesian mamat ni kan.
 
Kalau belum sampai jodoh lagi nak buat mcm mana kan. Tapi kita kenalah usaha dulu. Rezeki itu tak pernahnya dtg bergolek.
 
Kehidupan rumahtangga berlainan dalam alam percintaan. Penuh dengan dugaan. Jadi kalau tak kuat mental & fizikal, lebih baik jgn terburu buru nak kahwin.
 
Ada sesetengah orang  masih belum berkahwin walaupun usia mereka sudahpun menjangkau 30. Bukan tiada yang nk berkawan. Tp bagi mereka, perasaan tu belum hadir. Bak kata orang, belum sampai seru. Percayalah, jauh dlm lubuk hati mereka, berasa sedih melihat kwn2 lain dah beranak pinak sedangkan mereka shj msh solo lagi.
 
Janganlah bersedih. Usia hanyalah sebuah angka saja. Segala jodoh dan pertemuan di tangan Tuhan. Tapi kita juga digalakkan berusaha, berikhtiar dan berdoa supaya mempercepatkan proces mendapat jodoh.

Bukan satu kemestian untuk seseorang itu berkahwin pada usia tertentu. Setiap individu berbeza2 ketentuan jodohnya dan rezekinya. Percaya atau tidak ada org yg bertemu jodoh selepas melewati angka 30.

Tapi mereka tak pernah kesal. Kerana kelewatan itu, telah banyak mematangkan fikiran mereka dan mengukuhkan kedudukan mereka dalam banyak aspek.

Berdoalah dan berusahalah untuk jodoh agar suatu hari nanti korang bahagia dengan kehidupan berumahtangga.

Terima kasih sudi bc. (:

Slm syg,
Misz wati.

Credits to Mahligaiku.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.