5.12.13

Glycogen punca tak kurus kurus

Salam.

Apa itu Glycogen? Glycogen ini sebenarnya adalah satu lagi cara badan kita menyimpan tenaga, selain dalam bentuk lemak. Bezanya Glycogen ini lebih senang dikeluarkan untuk dibakar. Kesannya, Glycogen ini menjadi sumber tenaga kecemasan yang dengan cepat boleh dikeluarkan untuk diguna badan.

Jika anda hanya berjogging 10 minit, badan anda hanya membakar glycogen, dan bukan lemak. Inilah punca anda tidak turun-turun berat badan walaupun kuat berjogging! Anda hanya boleh membakar lemak jika anda menghabiskan glycogen anda terlebih dahulu!

Di sini, anda mempunyai dua cara untuk memastikan anda berjaya menghabiskan glycogen dalam badan, dan kemudian membakar lemak:

1. Berjogging lebih lama.
Berjogging lebih lama juga banyak membantu. Jogging lebih lama membantu badan untuk menghabiskan glycogen, dan memberi lebih masa untuk pembakaran lemak. Jadi, anda mampu memaksimakan pembakaran lemak dalam setiap sesi jogging, dan menurunkan berat badan! Saya cadangkan anda cuba mensasarkan untuk berjogging 30minit/5km tanpa henti, dalam 2/3 kali seminggu.

2. Kurangkan pengambilan makanan berkarbohidrat tinggi 2 jam sebelum jogging.
Makan dalam lebih kurang 200-400 kalori 2 jam sebelum jogging. Ini kerana saya percaya badan perlukan juga sedikit glycogen kerana pembakaran lemak memerlukan masa, sedikit karbohidrat yang diambil sebelum sesi jogging menambah sedikit glycogen dalam badan, membantu kita dalam minit-minit awal jogging. Apabila glycogen sudah habis dibakar, lemak bolehlah menggantikan fungsinya.

Wassalam.

Credits to jom kita jogging!

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.