Memang ramai pelajar pelajar sebegini. Oleh itu guru guru janganlah berlembut sehingga membenarkan para pelajar memijak kepala guru.
Guru harus ingar para pelajar sekarang semua bijak bijak belaja, sekali mereka lihat seseorang guru ini, mereka sudah tahu boleh makan atau tidak guru tersebut.
Oleh sebab itu seorang guru harus tunjukkan kaliber guru. Tunjukkan kepada para pelajar bahawa pelajaran adalah nombor satu. Pada mulanya mmg sukar, tetapi setelah beberapa lama dan pelajar pelajar telah kenali guru maka mudahlah untuk mengawal dan mengajar di dalam kelas.
Selain pengalaman pengalaman guru guru lain yang boleh dicontohi, berdoa kpd tuhan juga perlu dipanjatkan.
Guru harus pandai mengambil hati para pelajar. Tetapi jangan tunjukkan guru boleh sewenang wenangnya dibuli para pelajar.
Bacalah doa sebelum masuk kelas.
Sekiranya guru marah, jangan sampai membebel bebel.
Selitkan cerita ceriti dan nasihat nasihat. Mumgkin tak semua akan beri perhatian tetapi jika 70 hingga 90 peratus pelajar terkesan itu bermakna guru telah dikira berjaya. Tapi, jgn selalu sangat takut para pelajar jadi lali.
Jika guru berasa marah atau nak pukul beritahu sebab. Kadang kadang para pelajar tidak boleh terima dan malas nak fikir sebab apa guru pukul mereka.
Teknik mengawal pelajar adalah pembelajaran seumur hidup. Pelbagai ragam dan perangai pelajar guru akan jumpa. Hari ini lain. Hari esok lain. Sekolah ini lain, sekolah itu lain.
Maka, mahu tidak mahu, belajarlah. Timba pengalaman sebanyak mungkin. Akan ada yang berhasil, dan akan ada yang x berhasil.
Ok2 selamat berusaha, terima kasih sudi baca.
Salam sayang,
Misz wati.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.