5.12.13

Kesilapan ketika jogging

Salam.

Kadang-kadang joggers terbuat perkara-perkara lazim yang sebenarnya membahayakan diri. Apa dia kesilapan-kesilapan ini?

#1 Melawan Kesakitan Ketika Tengah Jogging.
Ada joggers yang mungkin merasakan diri mereka itu Ironman, jadi mereka tetap berlari walaupun sedang dalam kesakitan. Ada juga yang terlalu berusaha mengikut pelan jogging mereka, jadi, walaupun sakit, mereka tetap turun padang. Sakit itu sebenarnya adalah ‘signal’ dari badan kita – ada sesuatu yang tidak betul. Jadi, sebelum berjogging balik, pastikan anda membetulkan yang tidak betul ini supaya tidak lagi sakit.

#2 Berjogging Memakai Kasut Yang Tidak Betul.
Kesilapan pemakaian kasut boleh membawa kepada kecederaan. Anda perlu memastikan yang anda memakai kasut yang bersesuaian dengan jenis tapak kaki anda. Pastikan anda mengetahui jenis tapak kaki anda sebelum membeli kasut jogging anda. Selain itu, anda perlu memastikan yang anda membeli kasut dalam saiz yang betul. Kasut yang terlalu ketat boleh membawa kepada black toenails, terlalu longgar pula menyebabkan melecet.

#3 Berjogging Dengan Perut Kosong.
Ini adalah antara kesilapan paling lazim. Secara idealnya, makan sesuatu dalam 1.5 jam sebelum sesi jogging anda, supaya badan sempat mencernakan makanan itu untuk tenaga extra. Sekurang-kurangnya pastikan anda minum air dalam 200ml. Atau anda boleh minum air tenaga seperti Gatorade untuk sedikit kalori.

#4 Makan Sembarangan Selepas Jogging.
Bila sudah termakan aiskrim atau sup Gearbox, kita menutup rasa bersalah diri dengan berfikir ‘sudah kuat jogging ni, oklah kalau kadang-kadang makan power sikit’. Kita harus ingat yang walaupun sekali-sekala itu boleh diterima, jangan pula dijadikan kebiasaan. Susah-sudah bakar kalori dengan jogging, kita pula yang pergi menambah. Bila lagi mahu kurus?

#5 Tidak Minum Secukupnya Sebelum Jogging.
Kesilapan paling besar, paling kerap, dan paling bahaya. Jogging membawa kepada perpeluhan yang banyak, dan jika anda berjogging lebih dari 30 minit, anda perlu pastikan yang anda mempunyai bekalan air yang cukup dalam badan (terhidrat) sebelum mula jogging. Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan kita gagal memberi prestasi terbaik ketika jogging, dan mendedahkan kita kepada risiko kejang otot, dan heat stroke. Pastikan anda minum dalam 500ml 2 jam sebelum sesi jogging anda. Supaya badan anda sempat menghidratkan diri, dan membuat lebihan air dari badan.

Wassalam.

Credits to jom kita jogging.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.