2.12.13

Kenapa orang suka mengata

Assalamualaikum readers2 yg dihormati.

Menurut Imam al-Ghazali, ada 6 sebab seseorang itu suka mengata dan mengumpat org. Antaranya:
1. Ingin memuaskan hati disebabkan kemarahan memuncak hingga sanggup mendedahkan keaiban dan kesalahan orang lain. Jika kemarahan tidak dapat dikawal, ia boleh menimbulkan hasad dan dendam.
2. Suka mendengar dan mengikut perbualan teman yang menyerang peribadi dan kehormatan orang lain.
3. Mahu bersaing dan menonjol diri dengan menganggap orang lain bodoh.
4. Disebabkan dengki, dia berasa iri hati dengan orang lain yang lebih beruntung dan berjaya.
5. Bergurau dan suka melawak untuk mencela dan mengatakan sesuatu mengenai kelemahan dan kecacatan orang lain.
6. Sikap suka mengejek dan mencela disebabkan rasa bongkak dan sombong kerana memandang rendah orang lain.

Sape2 yg suka mengumpat mengata, bertaubatlah. Peringatan buat diri yang terlupa. Sama sama kita berpesan kepada kebenaran.

Terima kasih sudi baca.

Slm syg,
Misz Wati.

Credits to Que haidar.

2 comments:

  1. wahh.. tq 4 that ;)

    ReplyDelete
  2. T kasih sudi singgah dan follow. T kasih sbb x marah sy share entri que. (:

    ReplyDelete

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.