4.12.13

Lagi tips tips mengajar

Assalamualaikum para guru baru yang dihormati sekalian.

Korang gerun nak jadi guru nak kena mengajar? Meh aku nak kongsi  ilmu. Sebenarnya bila korang dah berpijak dan menjejak kaki di sekolah dan dah mengadap pelajar pelajqr, secara automatik korang akan berasa yakin dan bersemangat untuk mendidik.

Ingat jangan bagi muka pada pelajar pelajar kerana nanti mereka akan naik lemak. Jadikan tegas tapi mesra sebagai prinsip korang.

Kalau boleh joinlah segala aktiviti sekolah. Berikan sumbangan korang dari segi tenaga dan ilmu pengetahuan korang. Ini secara tak langsung korang akan dikenali sekolah dan ini dapat memudahkan korang mendapat kerjasama dari pihak sekolah. Ingat jangan sesekali menyombong diri.

Setkan dalam minda korang bahawa "teaching is fun".

Kuatkan hati korang.

Kalau kelas jadi luar kawal, guna helah dan trick untuk kembalikan fokus para pelajar kepada korang.

Minta para pelajar sama sama lakukan senaman pendek. Ini kerana belajar ini letih dan perlukan stretching.

Cuba adakan humor. Para pelajar sangat suka mendengar cerita.

Sekiranya mahu kawal murid, wajib ada game dihujung pengajaran dan pembelajaran. Contohnya permainan kad, kuiz dan lain lain lagi. Bagi pelajar tahap satu, berikan mereka nyanyian yang berkaitan dengan topik pembelajaran. Lagu rekaan pun boleh asalkan ada nilai dan kualiti.

Jadilah yakin diri. Para pelajar suka dengan guru yang berkeyakinan semasa menyampaikan ilmu ditambah dengan jenaka yang tak terlalu berlebihan.

Jagalah penampilan. Para pelajar suka guru yang kemas dan rapi.

Jadilah penyayang. Usap kepala atau bahu para pelajar yang sejantina korang. Dengan ini para pelajar akan jadi rapat dengan korang dan akan rasa diri mereka dihargai.

Kepada para guru senior, sila minta tolong tunjuk ajar lagi. Aku budak baru belajar. Ok2. Terima kasih sudi baca.

Salam sayang,
Misz wati.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.