4.12.13

Takut ke jadi guru

Assalamualaikum para guru pelatih yang dikasihi sekalian.

Soalan soalan biasa setiap guru baru:
1. Bolehkah aku mengajar?
2. Pelajar pelajar paham ke aku ngajar?
3. Boleh ke aku kawal kelas?

Cara cara mengatasi:
1. Ringan ringankan mulut korang rajin rajinkan diri korang bertanya kepada guru pembimbing koramg jika terdapat kemusykilan atau masalah dalam kelas.
2. Tanya pada guru tersebut siapa pelajar pelajar yang selalu buat hal dalam kelas. Ambil nama pelajar pelajar tersebut untuk langkah berjaga jaga jadi korang dah tau mana pelajar yang ok dan mana pelajar yang kurang ok. Ini dapat membantu korang dalam mengawal kelas.
3. Bina hubungan dgn semua pihak sekolah. Pihak pentadbiran, guru guru, staf, murid murid, ibu bapa. Rajin rajinlah bertanya dan berborak.
4. Jika ditempatkan di bilik lain, rajin rajinkan diri ke bilik guru. Selalunya bilik guru telah penuh, jadi guru praktikal terpaksa ditempatkan di bilik lain. Jangan bila diletakkan asing, terus mengasingkan diri.
5. Bila diberi tugasan, terima sahaja. Jangan sesekali menolak. Bantulah sekolah selagi terdaya. Jika tidak diberikan tugasan, jangan rajin sangat pergi minta pula.
6. Bila dinasihati, terima sahaja. Jangan sesekali melawan.
7. Bila mula mula masuk kelas, perkenalkan diri dan terus bagitahu peraturan peraturan yang korang mahu pelajar pelajar ikut. Ingat mesti tegas. First impression itu penting. Kalau pelajar tengok guru macam lembut je macam boleh main main dan dipermainkan je, maka habislah guru akan jadi susah nak mengawal kelas.
8. Kalau boleh kenali nama semua pelajar pelajar korang. Guru memang tak akan dapat ingat semua nama, tetapi yang nakal nakal itu pasti guru x akan lupa punya.

Ok selamat berusaha, terima kasih sudi baca.

Slm syg,
Misz wati.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.