5.12.13

Tips jogging

Salam.

Bukan semua sesi jogging kita akan berjalan lancar. Kadang-kadang kita jogging untuk 30 minit, tapi tidak terasa apa-apa. Kadang-kadang baru 15 minit, rasa macam mahu mati.

1. Ambil masa untuk warmup: Pastikan anda sekurang-kurangnya membuat stretching dan berjalan pantas untuk 5 minit sebelum mula berjogging. Senaman yang menaikkan denyutan jantung seperti lompat bintang juga sesuai.

2. Makan benda yang sesuai sebelum jogging: Elakkan makan makanan yang berat. Anda tidak mahu menyeksa diri ketika jogging, dengan perut anda berkeriut dan pernafasan anda terganggu kerana asyik tersendawa. Snek ringan seperti pisang, sekeping dua roti adalah pilihan selamat.

3. Jogging dalam kelajuan yang sesuai: Terlalu ghairah ketika berjogging juga boleh menyebabkan anda ‘pancit’.

Selamat mencuba! Jom Kita Jogging!

Wassalam.

Credits to jom kita jogging.

No comments:

Post a Comment

Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.