Salam.
Warmup adalah aktiviti memanaskan badan yang perlu dibuat sebelum anda jogging. Tujuannya adalah untuk ‘memberitahu’ badan anda yang anda akan bersenam.
2 perkara paling asas yang anda perlu buat sebelum jogging adalah stretching (regangan), dan brisk walking (jalan kaki pantas). Jika anda warmup, badan anda tidak akan terkejut dengan senaman secara tiba-tiba, dan risiko kecederaan akan menurun.
Nak stretch macam mana? Dari atas sampai bawah ke? Tak payah. Walaupun stretching seluruh badan itu adalah yang terbaik, tetapi memandangkan jogging banyak menggunakan otot-otot kaki, jadi stretching otot-otot kaki pun sudah memadai. Tetapi, anda MESTI stretching sekurang-kurangnya 2 bahagian kaki:
otot Quadriceps (paha) dan otot Calves (belakang kaki).
Stretching pada kedua-dua otot ini memastikan mereka dalam kedudukan relaks dan tidak tegang ketika anda berjogging, dan mengurangkan risiko kekejangan otot.
Sesudah selesai stretching, anda bolehlah mula membuat brisk walking. Mula dengan berjalan seperti biasa, dan kemudian tambah kelajuan berjalan anda. Kelajuan yang sesuai adalah apabila anda mula perlu menghayun tangan anda untuk mengikut pergerakan kaki anda. Kekalkan kelajuan sebegitu untuk 5 minit, sebelum mula berjogging.
Membuat stretching di paha dan kaki serta brisk walking sudah mencukupi. Cuba buat sebelum jogging, dan anda mungkin merasa lebih selesa ketika dan selepas berjogging.
Wassalam.
Credits to jom kita jogging.
No comments:
Post a Comment
Sila tinggalkan komen komen berguna shj. Tq.